Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa?

 Tengok tajuk je, mesti korang ingat aku baca novel kannn??? Bukan2...ni bukan novel😊😊


Nindiaaaa..muka depan buku tu, tp buku aku punya tu dh lunyai la. Maklum la, masa aku beli tu, harga dia RM5 je. Adik kat bookstore tu pun p amik kat tempat buku yang dah reject ja. Tp sebab aku nk baca juga buku tu, beli je..Selalu buku yang aku beli, aku akan balut, rasa sayang tp yang ni aku x balut pun. Buku tu nipis ja sebab tu lunyai 🤣🤣

Camna aku boleh nk baca buku ni??? Ada sorang member kat tempat keja aku dia ada kongsi masa ktorang buat taklimat PLC (peer learning community). Mula tu google dlu muka depan buku tu camna, nk tengok menarik ke x? So, tengok pada muka depan tu macam menarik. Pastu member aku ni pun ada la juga citer sinopsis buku ni. So cam not bad la.

Buku ni kisah benar penulis yang mana beliau memang berkahwin dengan lelaki negro dari Afrika. Dia citer detik pengenalan dia dengan husband camna boleh jumpa dan berkenan nak kawin. Jalan citer buku ni akan bawa kita seolah-olah merasai apa yang dia lalui. Husband dia lelaki negro tetapi bukan yang jenis scammer, yang terlibat dengan cinta siber dll tu. Penulis ni dia suka tanya benda yang pelik-pelik pasal orang negro masa mula2 kenal tu. 

Contohnya : Kenapa negro berkulit gelap sedangkan Afrika beriklim sejuk?                                                                                                           Orang negara awk (Negro)  makan apa?
                      Kenapa orang negara awak kurus kering, x cukup makan?

Semua persoalan ni korang akan dpt jawapan dalam buku ni..Sila baca 😁😁

Sebenarnya daripada citer penulis ni, Afrika adalah negara yang sangat subur dengan pelbagai tanaman. Jangan tak tahu, di negara diorang juga ada buah-buahan tempatan macam negara kita seperti rambutan, durian dll. Tapi sayangnya mungkin disebabkan kuasa penjajahan Barat suatu ketika dlu menyebabkan rakyat Afrika tidak pandai untuk menggunakan peluang memajukan negara mereka melalui bidang pertanian. 



Comments